Sunday, June 19, 2011

BURN & SOUL: "Bukan PASTI,tetapi INSYAALLAH" KUTIPAN TERKINI HAMPIR MENCECAH RM 11 JUTA.Syukur..

BURN & SOUL: "Bukan PASTI,tetapi INSYAALLAH" KUTIPAN TERKINI HAMPIR MENCECAH RM 11 JUTA.Syukur..

Thursday, April 14, 2011

AKU BUKAN TOMBOY - FILEM

FILEM komedi romantik terbitan Skop Productions Sdn Bhd, Aku Bukan Tomboy arahan pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof, pasti mencuri perhatian penggemar filem tempatan kerana ia memiliki kelainan dan tarikannya tersendiri.
Ia filem keenam arahan Syamsul selepas Evolusi KL Drift, Bohsia, Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan KL Gangster.

Rock Legend - M.A.Y


Monday, April 11, 2011

TRAILER - KHURAFAT - (FILEM) JAN 2011 HD

KHURAFAT - Behind the scene


Still photo : Thehitman Nazri.

No parts of this material can be published, copied, downloaded or sold
without a proper legal written permission from Skop Production










KHURAFAT - Perjanjian Syaitan


Sinopsis Khurafat:- Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.
Tajuk Filem:
Khurafat
Pengarah:
Syamsul Yusof
Penerbit:
Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam:
13 Januari 2011
Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba


KL GANGSTER - Official Trailer

KL GANGSTER : Behind The Scene



Still photo : Thehitman Nazri.

No parts of this material can be published, copied, downloaded or sold
without a proper legal written permission from Skop Production














Sunday, April 10, 2011

KL GANGSTER











Sinopsis:





Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam  KL GANGSTER


INFO: KL Gangster
GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta